Sunday, October 19, 2008

Sistem Transit Bersepadu Kuala Lumpur (MONOREL)

Sistem Transit Bersepadu Kuala Lumpur






  • Monorel merupakan sistem pengangkutan awam yang berasaskan landasan alang tunggal. Istilah ini juga digunakan bagi menerangkan landasan bagi sistem tersebut, serta kenderaan yang melaluinya. Istilah tersebut berasal daripada gabungan perkataan mono (tunggal) dan rel, seawal tahun 1897, memandangkan sistem terawal menggunakan landasan logam. Sistem pengangkutan tersebut sering dirujuk sebagai satu sistem landasan kereta api.
  • Syarikat induk - KL Infrastructure Group Bhd
  • Perkhidmatan - Monorel
  • Tren - MTrans Monorail, Monorel straddle-beam , 2 gerabak
  • Bil. tren - 12
  • Stesen perhentian - 11
  • Tarikh beroperasi - 31 Ogos 2003
  • Waktu operasi - 06.00-00.00
  • Laman rasmi - http://www.monorail.com.my/com.my/





HISTORY


Monorel lama Soviet di Ukraine (kini terbiar).



KL Monorail bermula sebagai projek KL People-mover Rapid Transit System (KL PRT). Ia merupakan sebahagian daripada komponen terpenting projek hartanah bersepadu dan pembangunan semula Sungai Klang yang dikenali sebagai Kuala Lumpur Linear City (Bandar Berjajar Kuala Lumpur) yang dibatalkan pembinaannya.
KL PRT adalah sebuah projek pakatan bersama Malaysia-Jepun milik KL PRT Sdn Bhd. Ia diterajui Berjaya Corporation Berhad dengan Hitachi Ltd dari Jepun sebagai pembekal sistem teknologi monorel KL PRT. Pada 29 Oktober 1996, kerajaan Malaysia telah menyerahkan konsesi 40 tahun kepada KL PRT Sdn Bhd untuk membangun, membina, mentadbir, menyelenggara dan mengendalikan perkhidmatan monorel tersebut.
Projek pembangunan KL PRT terbahagi kepada dua fasa pembinaan. Fasa pertama melibatkan pembinaan sebuah depot dan landasan monorel dalam bandar sepanjang 8.6 kilometer dengan 11 buah stesen perhentian. Fasa kedua pula melibatkan pembinaan 11 buah stesen perhentian dan landasan monorel 12 kilometer di sepanjang tebing Sungai Klang projek pembangunan Kuala Lumpur Linear City. Kerja-kerja pembinaan fasa pertama KL PRT bermula pada tahun 1997. Walaubagaimanapun, ia tergendala akibat krisis kewangan Asia.
Berikutan itu, satu langkah telah diambil bagi menangani krisis tersebut sekaligus mengurangkan bebanan perbelanjaan kerajaan Malaysia. Pada tahun 1998, kerajaan Malaysia mengambil keputusan untuk membekukan semua projek infrastruktur dan hartanah yang masih di peringkat perancangan. Ia termasuk pembatalan projek pembangunan Kuala Lumpur Linear City dan fasa kedua KL PRT. Krisis kewangan Asia juga telah memaksa KL PRT Sdn Bhd menyemak semula pelan pembangunan KL PRT akibat kejatuhan nilai matawang Ringgit Malaysia. Ia menyaksikan KL PRT Sdn Bhd membatalkan perjanjian pakatan dengan Hitachi Ltd sebagai pembekal sistem teknologi monorel KL PRT. Berikutan itu, syarikat pakatan KL PRT Sdn Bhd dibubarkan dan sebuah syarikat baru KL Monorail System Sdn Bhd ditubuhkan.
Kerja pembinaan disambung pada bulan Julai 1998 oleh MTrans Holding, yang menghasilkan kelengkapan sendirinya bagi meringankan kos penyiapan; akhirnya aliran ini selesai dibina setelah memakan kos RM1,180 juta. Apabila perkhidmatan dilancarkan pada tahun 2003, syarikat induk dan pemilik KL Monorail, iaitu KL Infrastructure Group, bersetuju untuk memegang konsesi 40 tahun bagi mengendali sistem monorel.




view from the Wisma Monorail building





Map of KL monorail.


Reka bentuk
– Model: MTrans Monorail
– Pengeluar: MTrans
– Bilangan kereta api: 12
– Bilangan gerabak: 2
» 2 power cars
– Dimensi
» Panjang: 20800 mm
» Lebar: 3000 mm
» Tinggi: 4300 mm
– Berat: 25 metrik tan
– Sistem elektrik/voltan: 750 V / 1500 V DC
– Daya pemecutan:
– Kelajuan maksimum: 90 km/j
– Kelajuan maksimum komersial: 80 km/j










Jenis dan aspek teknikal

Monorel moden bergantung kepada satu alang besar yang pejal sebagai permukaan untuk bergerak. Terdapat beberapa reka bentuk yang bersaing tetapi kesemuanya terbahagi kepada dua kelas utama iaitu jenis alang merentang (straddle-beam) dan jenis monorel tergantung.
Jenis monorel yang paling lazim ialah jenis monorel alang merentang, di mana monorel merentangi landasan alang konkrit diperkuatkan dengan lebar dalam lingkungan 0.6-0.9 m. Gerabak beroda getah menyentuh alang tersebut pada bahagian atas dan tepi landasan untuk cengkaman dan kestabilan kenderaan. Gaya alang merentang ini dipopularkan oleh syarikat Jerman, ALWEG.
Terdapat juga bentuk monorel tergantung yang dibangunkan oleh syarikat Perancis, SAFEGE di mana gerabak tergantung di bawak gerabak roda. Dalam reka bentuk ini, gerabak roda bergerak di dalam alang tunggal tersebut. Chiba Urban Monorail kini merupakan rangkaian monorel tergantung terbesar di dunia.
Schwebebahn Wuppertal,monorel tergantung pertama di dunia.




Kuasa
Hampir kesemua monorel moden digerakkan oleh motor elektrik yang mendapat bekalan kuasanya daripada landasan ketiga berkembar, wayar sesentuh ataupun alur berelektrik yang terpasang atau disertakan pada alang pemandu.




Apungan magnet


Sistem kereta api apungan magnet (Maglev) oleh syarikat Jerman Transrapid dibina sebagai monorel alang merentang, memandangkan ia sangat stabil serta membenarkan nyahpecutan pantas dari kelajuan yang tinggi. Pada kelajuan penuh kereta api maglev terapung di atas landasan serta tidak bersentuh dengannya secara fizikal. Kereta api maglev tersebut merupakan kereta api terpantas bagi apa jua jenis, kereta api eksperimen JR-Maglev merekodkan kelajuan setinggi 581 km/j. Kereta api komersial Shanghai Maglev Train bergerak pada kelajuan 501 km/j.


Kereta api maglev Transrapid di atas landasan monorel.




Pertukaran landasan


Beberapa sistem monorel terawal--terutamanya monorel tergantung di Wuppertal (Jerman), bertarikh dari tahun 1901 man masih beroperasi--mempunyai reka bentuk yang menyukarkan pertukaran landasan. Beberapa sistem monorel lain pula mengelak pertukaran landasan sebanyak mungkin, dengan beroperasi dalam satu gelung berterusan atau di antara dua stesen kekal, seperti di Seattle, Washington.
Monorel yang beroperasi sekarang lebih berupaya menukar landasan lebih cekap daripada masa lalu. Dalam kes monorel tergantung, pertukaran boleh dicapai dengan menggerakkan logam pemandu di dalam landasan untuk menukar dari satu landasan ke landasan yang lain.
Monorel alang merentang memerlukan struktur alang sendiri untuk bergerak bagi membolehkan pertukaran landasan dilakukan.


Contohnya, dalam kes KL Monorail, pertukaran landasan dilakukan dengan membentuk satu alang boleh gerak yang terdiri daripada beberapa segmen serta digerakkan oleh motor elektrik. Pertukaran landasan ini membolehkan gerabak monorel menukar laluan daripada landasan berkembar ke landasan tunggal, serta apabila gerabak monorel dibawa ke depoh untuk penyelenggaraan.


Bahagian pertukaran landasan pada monorel Chester Zoo Zoofari.








Monorel Sydney mengelak pertukaran dengan beroperasi di dalam satu gelung.















An ultra-modern control room allows technicians to monitor all aspects of operations.






The center screen shows a diagram of the monorail maintenance and storage depot, which is where we're going next.






Kelebihan



  • Memerlukan ruangan yang minimum, tidak kira menegak atau melintang.

  • Gerabak monorel lebih lebar daripada landasannya, dan sistem monorel lazimnya ditinggikan, memerlukan hanya sedikit ruang bagi membina tiang sokongan.


  • Landasan monorel lebih murah dibina daripada landasan konvensional dengan kapasiti yang sama.

  • Ruang yang sedikit sahaja digunakan menyebabkan monorel kelihatan lebih menarik daripada aliran landasan konvensional yang ditinggikan serta ia hanya menghalang sejumlah kecil pencahayaan dari langit.

  • Dari segi reka bentuk, monorel adalah sistem pengasingan aras, maka ia tidak mengganggu bentuk pengangkutan lain.

  • Monorel lebih senyap kerana kebanyakan monorel menggunakan roda getah di atas landasan konkrit.

  • Tidak seperti sistem rel konvensional, monorel jenis merentang menyaluti landasannya, melindungi sistem monorel daripada tergelincir, kecualilah jika landasan tersebut mengalami kegagalan teruk.

  • Monorel bertayar getah mampu mendaki cerun yang lebih curam daripada kereta api beroda keluli biasa, dengan monorel Hitachi direka untuk menangani sehingga kecerunan 6%.

Kelemahan


Monorel Mud Island , di Memphis, Tennessee (2005)



  • Gerabak monorel tidak serasi dengan infrastruktur landasan yang lain, menjadikan (contohnya) servis pada landasan utama adalah mustahil.

  • Landasan monorel tidak membenarkan lintasan sama aras.

  • Ketika kecemasan, penumpang tidak boleh keluar serta-merta memandangkan kenderaan monorel terletak tinggi dari aras tanah dan tidak semua sistem mempunyai laluan kecemasan. Penumpang terpaksa menunggu sehingga gerabak penunda ataupun kereta bomba datang menyelamatkan penumpang.

  • Belokan pada kelajuan tinggi adalah sukar

  • Infrastruktur monorel serta gerabak sering dibina oleh pengeluar berasingan, di mana pengeluar berbeza menggunakan reka bentuk berbeza yang selalunya tidak serasi.

CONTOH-CONTOH GERABAK MONOREL DI DUNIA

  • osaka, japan
  • las vegas
  • malaysia

RiNa's DeTaiL


NaMa : Siti Khairina bt Mustakim
Umur : 19 tahun
No. Matrik : 070309
D.O.B : 21 Jun 1989
P.O.B : Kg. Sg. Padang, Papar, Sabah
Hometown : Jalan Indah Kg. Ketiau, Putatan,Penampang, Sabah.
Study : KoLej Tek. Islam Antr. Melaka (Jun 2007-Jan 2010)
Nama Ayah : Mustakim bin Hj. Durahim
Nama Ibu : Sarbanon bt. Ahmad
Adik-Beradik : 8 orang, anak ke-4, (bOngsu pompuan..)
Matlamat : Nak buat Mak Ayah sy gembira

FaRaH's DetaiL


NaMa : Nur Farahin bt Mat Radzi

Umur : 19 tahun

No. Matrik : 070615
D.O.B : 31 Ogos 1989
P.O.B : Hospital Besar Kuala Lumpur (HKL)

Hometown : KepOng, Kuala Lumpur.

Study : KoLej Tek. Islam Antr. Melaka (Jun 2007-Jan 2010)
Nama Ayah : Mat Radzi bin Mat Syed
Nama Ibu : Sukinah bt Moti
Adik-Beradik : 4 orang, anak ke-3
Matlamat : Nak jaDi maCam aYah

Yaya's DeTaiL


NAMA : Nur Hidayah Binti Fauzi
UMUR : 19 Tahun
TARIKH LAHIR : 11-02-1989
TEMPAT LAHIR : Hospital Kajang,Selangor
ALAMAT TETAP : Bt. 17, Kampung Dalong, 78000 Alor Gajah
FAVOURITE FOOD : Nasi Goreng Ayam paprik
FAVOURITE DRINK : Fresh orange
HOBI : Buat hal sendiri..
CITA_CITA : Peguam yang berjaya
MATLAMAT HIDUP : Hidup kene berani berdepan dengan masalah
NAMA AYAH : Fauzi B. Idris
NAMA IBU : Suriati Bt. Othman
ADIK-BERADIK : 5 orang...Anak kedua
STATUS : Bujang..student di KTIAM..
AZAM 2008 : Nak berjaya untuk semester 3 ini..